Arkib Komuniti adalah arkib yang ditubuhkan atau dikumpul oleh individu dan kumpulan komuniti yang mendokumentasi serta memelihara warisan sejarah berdasarkan pengalaman, budaya, minat dan identiti yang sama.
Koleksi rekod yang dihasilkan, dikumpul, dipunyai, diterima, dibeli atau diperolehi melalui mana-mana cara oleh individu, keluarga, ketua, tokoh atau komuniti yang menggambarkan kehidupan, aktiviti, minat, kecenderungan, kepakaran dan sumbangan dalam komuniti, negeri dan negara.
Surat-menyurat, dokumen, nota tulisan tangan, manuskrip, kitab lama, diari, personalia berkaitan maklumat diri, gambar, koleksi sambutan kemerdekaan, buku resepi, salasilah keluarga, keratan akhbar berkaitan peristiwa, peta, bahan audiovisual seperti piring hitam, video, kaset dan sebagainya.
Senarai koleksi bahan boleh diperolehi daripada Arkib Negara Malaysia.
Pihak tuan boleh mengadakan temu janji dengan Arkib Negara Malaysia melalui Seksyen Perolehan Arkib Persendirian melalui e-mel
Untuk memastikan semua koleksi bahan komuniti yang bernilai sejarah dan kebangsaan dapat disimpan dan dipelihara dengan baik apabila dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia.
Tuan boleh menyerahkan bahan secara sumbangan/ derma/ hadiah, wasiat atau salinan digital dengan menghubungi Seksyen Perolehan Arkib Persendirian melalui e-mel
Tuan boleh menawarkan koleksi bahan untuk dijual kepada Arkib Negara Malaysia. Koleksi ini perlu diserah kepada Arkib Negara untuk penilaian dari segi nilai bahan dan kadar harga yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Pembelian Bahan Sejarah.
Arkib Negara Malaysia sangat mengalu-alukan komuniti untuk membuat salinan koleksi bahan dalam digital untuk simpanan yang lebih selamat. Bahan tersebut boleh dibawa ke Arkib Negara Malaysia atau kami datang ke komuniti untuk membantu membuat pengimbasan. Salinan digital tersebut akan juga kami dapatkan persetujuan untuk disimpan di Arkib Negara Malaysia.
Arkib Negara Malaysia akan membantu dengan mengajar cara-cara untuk membaiki dan memulihara koleksi tersebut di komuniti atau orang perseorangan.
Mestilah berumur 18 tahun dan keatas.









