Pelancaran Program Arkib Komuniti
Program Arkib Komuniti telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 17 Mei 2025 di Pekarangan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor. Penganjuran program ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) selaku rakan strategik utama. Kerjasama ini diadakan bersempena ulang tahun ke-135 tahun bandar Klang. Klang juga dipilih sebagai lokasi pertama dan perintis program arkib komuniti selaras dengan statusnya sebagai pusat yang kaya dengan warisan sejarah, kepelbagaian budaya serta kemajmukan masyarakat berbilang kaum/ etnik.
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
-
Picture
Tema Kemerdekaan
Sambutan Anak Merdeka adalah salah satu program utama yang diadakan oleh Arkib Negara Malaysia bersempena Bulan Kemerdekaan setiap tahun. Sambutan ini diadakan dengan mengumpulkan anak-anak merdeka yang lahir pada 31 Ogos pada pelbagai peringkat usia untuk menyambut hari kelahiran mereka. Objektif sambutan ini ialah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan anak merdeka melalui pelbagai program dan aktiviti yang diadakan bersama-sama pada tarikh tersebut.

Tema Makanan Tradisional
Makanan tradisional merupakan hidangan tradisi atau sajian masyarakat tempatan yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk makanan dan pencuci mulut serta minuman yang dimasak oleh bangsa, suku kaum dan etnik. Masakan disediakan mengikut cita rasa dan bahan yang sesuai tanpa berlaku pengubahsuaian atau campuran dengan makanan/resepi kaum lain yang menjadi amalan generasi terdahulu yang diwariskan kepada generasi sekarang. Objektif program ini ialah untuk mendokumentasikan resepi-resepi makanan tradisi supaya boleh dirujuk oleh penyelidik untuk menjalankan kajian dan mengetengahkan keunikan dan kepelbagaian warisan budaya negara.

Tema Pendidikan
Arkib @ Sekolah merupakan inisiatif baharu Arkib Negara Malaysia dalam Program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI dan Program Uniti anjuran Kementerian Perpaduan Negara. Objektif program ini ialah mendekatkan arkib kepada pelajar-pelajar sekolah melalui penggunaan bahan-bahan arkib dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memupuk kesedaran, pemahaman tentang sejarah negara mengenai kepelbagaian budaya dan etnik.

Tema Seni Persembahan
Seni persembahan merangkumi pelbagai bentuk ekspresi seni yang disampaikan secara langsung di hadapan penonton sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat. Seni Persembahan ini memainkan peranan penting dalam menyampaikan cerita rakyat, sejarah, nilai moral, serta kepercayaan sesuatu masyarakat. Objektif program ini ialah menyebar luas nilai estetika seni persembahan supaya generasi muda terus menghargai identiti warisan negara.

Tema Perubatan
Perubatan tradisional telah digunakan berabad lamanya oleh pelbagai etnik komuniti di Malaysia. Kaedah rawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti herba, akar kayu, dan ritual tertentu adalah sebahagian daripada warisan turun-temurun yang kaya dengan nilai budaya dan pengetahuan. Kaedah atau pengetahuan mengenai perubatan tradisional ini telah dipindahkan dari satu generasi kepada satu generasi seterusnya, samada secara lisan atau melalui pengamalan. Objektif program ini untuk menghimpun pakar, pengamal, dan komuniti masyarakat dalam usaha mengenali, mendalami, serta mempromosikan nilai perubatan tradisional supaya budaya yang diwarisi akan terus hidup dan berkembang.

Tema Bahasa
Bahasa kolokial ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam percakapan harian yang tidak formal oleh pelbagai kaum dan etnik komuniti di Malaysia. Bahasa ini sering kali berbeza daripada bahasa rasmi atau standard dari segi tatabahasa, kosa kata, dan sebutan. Bahasa kolokial biasanya mencerminkan budaya, identiti, dan latar belakang sosial penuturnya. Objektif program ini adalah untuk memartabatkan bahasa sebagai agen perpaduan kaum dan nilai kebersamaan dalam kehidupan seharian.










