logo arkib komuniti

Hubungi Kami  Soalan Lazim 

Latar Belakang

Komuniti adalah asas kepada pembinaan sejarah negara. Cerita, pengalaman dan peristiwa yang berlaku dalam komuniti dapat menjadi sumber penting untuk memahami latar belakang sejarah, peristiwa dan perubahan yang berlaku dalam komuniti dan negara. Penemuan sumber sejarah baharu di komuniti akan dapat melengkapkan naratif pensejarahan negara dalam memahami sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.

Sebagai contoh di George Town, komuniti yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain telah bersama-sama membina warisan budaya yang kaya dan unik. Mereka tidak hanya menyumbang kepada pembangunan fizikal bandar, tetapi juga kepada pemeliharaan warisan tidak ketara seperti seni, kraf dan tradisi lisan. Begitu juga dengan komuniti Minangkabau di Negeri Sembilan, melalui sistem Adat perpatih telah membentuk struktur sosial dan politik yang unik. Mereka memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti negeri dan negara secara keseluruhannya. Komuniti Temuan, sebagai salah satu kumpulan Orang Asli, telah lama mengamalkan pertanian dan perhutanan sebagai sumber kehidupan. Mereka bukan sahaja menjaga alam sekitar, tetapi juga mempertahankan budaya dan tradisi mereka yang kaya walaupun menghadapi cabaran modenisasi.

Kisah-kisah ini menunjukkan bahawa komuniti bukan sahaja penerima perubahan, tetapi juga ejen aktif dalam membentuk sejarah dan budaya negara kita. Tanpa penglibatan aktif komuniti, banyak aspek sejarah kita mungkin akan hilang ditelan zaman.

Seiring dengan itu, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah melancarkan Program Arkib Komuniti di Klang, Selangor pada 17 Mei 2025. Arkib Negara Malaysia (ANM) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah dipertanggungjawabkan untuk mengadakan Program Arkib Komuniti bagi memastikan rekod komuniti yang bernilai sejarah dan memiliki identiti tersendiri dikumpul, dipelihara dan didokumentasikan bagi pembinaan naratif sejarah negara. Program ini juga telah dimasukkan dibawah kluster strategik kelima Kementerian Perpaduan Negara 2026 iaitu Warisan MADANI.

 

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List