Sambutan Anak Merdeka 2025 telah diadakan di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025. Sambutan ini diadakan bertujuan menghubungkan rakyat dengan sejarah dan identiti nasional serta menjadi wadah untuk meraikan kemerdekaan secara lebih segar, kreatif dan inklusif. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, ia turut mengabungkan elemen sejarah, seni, budaya dan teknologi khusus kepada rakyat pelbagai kaum dan generasi muda bagi meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari peringkat umur kanak-kanak ke dewasa seperti:
- Mewarna Merdeka untuk kanak-kanak
- Mencanting Batik Merdeka
- Pertandingan Eksplorasi Merdeka
- Pertandingan Busana Putera Puteri Merdeka
- Pameran dan Kuiz Kemerdekaan
- Jualan Buku Terbitan Arkib Negara Malaysia
- Permainan Tradisional
- Lawatan Maya ke Memorial menggunakan Teknologi VR
Kemuncak sambutan ini adalah meraikan anak-anak Malaysia yang lahir pada 31 Ogos dengan simbolik pemotongan kek merdeka Bersama YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.











