Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengadakan Program Arkib@Sekolah di:
- Sekolah Menengah St. Mary, Sandakan, Sabah pada 5 Mei 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah “Bermulanya Di Sini”
- Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah pada 8 Julai 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah “Menelusuri Rundingan Baling”
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kampung Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 3 September 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah Sempena 55 Tahun Rukun Negara
Program ini diadakan bagi mempromosikan dan memberi kesedaran mengenai sejarah Malaysia yang merangkumi pelbagai etnik dan budaya melalui pendidikan. Program ini bertujuan membawa peranan ANM lebih dekat kepada pelajar dan pendidik. Selain itu, program ini membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran subjek Sejarah yang lebih kreatif dan berkesan, sekali gus dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Program ini juga menggalakkan pengumpulan koleksi bahan sejarah berkaitan perkembangan pendidikan di sekolah untuk disimpan secara kekal di ANM atau di galeri sekolah sebagai rujukan pada masa akan datang. Penganjuran program ini diadakan dengan kerjasama rakan strategik utama seperti sekolah yang dipilih, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan seperti pameran ANM, demonstrasi pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib, kuiz trivia sejarah, tayangan video sejarah, teka silang kata, pengenalan tokoh perjuangan kemerdekaan, pengenalan Perdana Menteri, transliterasi Jawi ke Rumi, promosi Online Finding Aid (OFA) dan eksplorasi negarawan. Program ini dilaksanakan secara fizikal dengan melibatkan seramai 2,559 peserta dan secara dalam talian melibatkan seramai 3,800 peserta.
SMK St Mary
SK Tunku Putra
SMK Dabong











