Program Pertunjukan Wayang Gambar (Wayang Pacak) di Program Positif@Klang di Padang Laman Seni Safari Klang telah diadakan di Padang Laman Seni Safari, Klang pada 17 Mei 2025 bermula jam 8.00 hingga 11.00 malam. Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Pejabat Penerangan Daerah Klang, Selangor. Program ini telah dihadiri oleh Encik Zaidin bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (Sektor Perancangan dan Pengurusan); Encik Nyaneswaran A/L Subramaniam, Ahli Majlis MBDK; Tuan Haji Mohd Nasser bin Malim, Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib ANM; dan Puan Norfiza binti Mahfiz, Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, MBDK.
Pertunjukan wayang pacak ini diadakan bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menghimpunkan orang ramai, menyatukan pelbagai unsur budaya, serta mengeratkan hubungan antara generasi dan kaum. Tayangan dokumentari adalah bertemakan sejarah dan perpaduan seperti:
- Dokumentari Sejarah Daerah Klang
- Dokumentari Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
- Dokumentari Perpaduan Kebangsaan
- Riot Action
Tayangan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang hadir bersama keluarga dalam suasana santai dan terbuka. Inisiatif ini dapat menghidupkan kembali nostalgia tayangan wayang pacak yang pernah menjadi sebahagian budaya masyarakat dahulu untuk mendapatkan hiburan. Selain tayangan, diadakan juga pertandingan pemakaian sarung batik/ kain pelekat kepada pengunjung yang hadir.











