logo arkib komuniti

Hubungi Kami  Soalan Lazim 

Pendidikan

Program Arkib@Sekolah

Program ini diadakan bagi mempromosi dan memberi kesedaran mengenai sejarah Malaysia yang merangkumi pelbagai etnik dan budaya melalui Pendidikan. Program ini diadakan bagi tujuan membawa ANM kepada pelajar dan pendidik. Selain itu, membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah pengajaran subjek sejarah yang lebih kreatif dan berkesan yang mana secara tidak langsung dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Program ini juga dapat menggalakkan pengumpulan koleksi bahan sejarah perkembangan pendidikan di sekolah untuk disimpan kekal ke ANM atau di galeri sekolah untuk rujukan akan datang. Penganjuran diadakan dengan kerjasama rakan strategik utama seperti sekolah yang dipilih, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan seperti pameran ANM, Demonstasi Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bahan Arkib, kuiz trivia sejarah, tayangan video sejarah, teka silang kata, Kenali Tokoh Perjuangan Kemerdekaan, Kenali Perdana Menteri, Traslitersi jawi ke rumi, promosi Online Finding Aid (OFA) dan Eksplorasi Negarawan. Program ini dilaksanakan secara fizikal dengan melibatkan peserta seramai 2,559 orang dan dalam talian seramai 3,800 orang.

Sekolah Menengah St. Mary, Sandakan, Sabah pada 5 Mei 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah “Bermulanya Di Sini”

Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah pada 8 Julai 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah “Menelusuri Rundingan Baling”

Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kampung Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 3 September 2025 dengan tema Program Arkib@Sekolah Sempena 55 Tahun Rukun Negara

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List