logo arkib komuniti

Hubungi Kami  Soalan Lazim 

Kemerdekaan

Sambutan Anak Merdeka 2025

Sambutan Anak Merdeka 2025 telah diadakan di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025. Sambutan ini diadakan bertujuan menghubungkan rakyat dengan sejarah dan identiti nasional serta menjadi wadah untuk meraikan kemerdekaan secara lebih segar, kreatif dan inklusif. Sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, ia turut mengabungkan elemen sejarah, seni, budaya dan teknologi khusus kepada rakyat pelbagai kaum dan generasi muda bagi meningkatkan semangat patriotisme dan perpaduan.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari peringkat umur kanak-kanak ke dewasa seperti:

Mewarna Merdeka untuk kanak-kanak

Mencanting Batik Merdeka

Pertandingan Eksplorasi Merdeka

Pertandingan Busana Putera Puteri Merdeka

Pameran dan Kuiz Kemerdekaan

Jualan Buku Terbitan Arkib Negara Malaysia

Permainan Tradisional

Lawatan Maya ke Memorial menggunakan Teknologi VR

Kemuncak sambutan ini adalah meraikan anak-anak Malaysia yang lahir pada 31 Ogos dengan simbolik pemotongan kek merdeka Bersama YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List