logo arkib komuniti

Hubungi Kami  Soalan Lazim 

Bahasa

Arkib Negara Malaysia telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti pada 6 hingga 7 November 2024 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Objektif program adalah mendokumentasikan penggunaan bahasa kolokial dalam kehidupan seharian masyarakat berbilang kaum dan etnik di negara ini bagi menambah sumber baharu warisan budaya di Malaysia untuk simpanan di Arkib Negara Malaysia. Selain itu, bahasa merupakan ejen kepada perpaduan kaum dalam kalangan komuniti tempatan.

Konvensyen ini dapat menghimpun pengkaji dan pakar-pakar bahasa dan budaya serta penggiat seni sastera untuk berkongsi pandangan mengenai kajian penggunaan bahasa kolokial dalam kalangan pelbagai kaum dan etnik termasuk di Sabah dan Sarawak.

Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List