Encik Gunasegaran Ramachandran dilahirkan di Sentul pada tahun 1954. Beliau bersekolah di La Salle Sentul dan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Beliau pernah bekerja dalam bidang industri air, minyak, gas dan tenaga di United Kingdom. Arab Saudi, Brunei, Singapura, Malaysia dan Asia Timur. Beliau bersara pada tahun 2020 dan aktif menyertai aktiviti sukarelawan dan badan amal.
Beliau telah menyerahkan sebuah buku bertajuk “Sentul Gems” semasa Program Arkib Komuniti pada 17 Mei 2025 di Pekarangan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor. Bahan ini disimpan kekal di Ibu Pejabat, ANM untuk rujukan masyarakat umum.












